Sunday, October 4, 2009

Ulasan tentang paradigmatik

Contoh : Wanita itu / memasak.
S P
KN KK
Abang
Kakak
Lelaki

Paradigmatik ialah suatu unsur yang boleh ditukar dalam frasa sesuatu ayat dengan syarat ia berasal daripada golongan kata yang sama dan berada dalam posisi yang sama. Posisi adalah sangat penting kerana dalam paradigmatik, ia merupakan hubungan secara menegak. Seperti contoh di atas, perkataan wanita boleh ditukar dengan perkataan abang, kakak atau lelaki kerana ia sama-sama berasal dari golongan Kata Nama. Tetapi pertukaran ini hanya boleh dilakukan di posisi Subjek sahaja. Inilah yang dikatakan hubungan secara menegak, tiada pertukaran silang berlaku. Kata nama di bahagian Subjek hanya boleh ditukar dengan kata nama, begitu juga dengan posisi Predikat.

Contoh : Wanita itu / memasak.
P
KK
mandi
makan
menyanyi

Dalam bahagian Predikat juga serupa. Pertukaran kata boleh berlaku asalkan ia adalah golongan kata yang sama. Perkataan memasak boleh ditukar dengan mandi, makan atau menyanyi. Hal ini kerana perkataan tersebut masing-masing merupakan Kata Kerja.
Kesimpulannya, syarat penting dalam mengkaji aspek paradigmatik ialah

Friday, October 2, 2009

The subject

The different between the subject and predicate is probably the first fact of English grammar that any school child learns, and it is a significant fact. The very terms “subject” and “predicate” provide some clue as to the distinction being made. The grammatical subject of the sentence is often the conversational subject,i.e., the person or thing that the sentence is about. The predicate often makes a comment about that subject,i.e., it “predicates.”
In most language a sentence does not require a word or phrase that functions as subject; a Spanish speaker, for example, can say “No hablo Ingles” (“I don’t speak English”). This English translation is misleading, however, because where English requires the pronoun I, Spanish does not; the meaning of I is simply encoded in the verb hablo. This option is not available in English, because, with the expectation of imperative (Sit down), subjects must be expressed. For this reason English is often called a subject dominant language. According to one researcher, there are only seven languages in the world in which the main verb is required to hav a subject and English is one of them (Gillian [1987],citied in Lambrecht,1994,p.191).

Konsep subjek

Ayat merupakan perkataan atau serangkai perkataan yang membentuk kesatuan yang mempunyai maksud atau makna tertentu. Dibandingkan dengan klausa, ayat mewajibkan intonasi sebagai syarat binaan ayat, sedangkan klausa tidak memerlukan intonasi. Dalam tulisan pula, diawali oleh hurf besar dan ditandai dengan tanda baca seperti noktah, tanda tanya atau tanda seru.

Bahagian ayat
Dia (satu perkataan, dapat dianggap ayat sekiranya ia berupa jawapan ringkas daripada soalan dan mengandungi intonasi). Contoh:

Soalan:”Siapakah yang tidak puasa hari ini?” “Dia.”[jawapan bagi suatu pertanyaan]

Adik minum. (Adik ialah subjek,minum ialah predikat)[kata kerja / perbuatan intransitive]
Adik minum susu. (Adik ialah subjek,minum susu ialah predikat)[kata kerja transitif]
Adik saya minum susu dengan cepat.(Adik ialah subjek,minum susu ialah predikat,dengan cepat ialah adverba)
Lelaki tua itu masih gagah. (Lelaki tua itu ialah subjek[KN], masih gagah ialah predikat [KA].
Dengan demikian, setiap ayat yang sempurna mesti mempunyai subjek dan predikat, atau bahagian yang dihuraikan.

Subjek dan Predikat

Subjek ialah benda, iaitu perkara yang diceritakan. Subjek dalam klausa/ayat dapat diketahui dengan menanyakan “apa” dan “siapa”.

-Posisi subjek dalam ayat biasanya di hadapan predikat. Namun, subjek boleh juga berada di belakang predikat dalam ayat songsang atau dalam ayat pasif.

2. Predikat ialah cerita tentang perkara tersebut. Predikat dalam klausa/ayat dapat diketahui dengan menanyakan “apa”,”siapa”,”mengapa” dan “bagaimana” tentang subjek.
-posisi predikat biasanya di belakang subjek. Oleh sebab itu,predikat selalunya dianggap unsure yang menerangkan subjek.

Contoh: Rumah Ali besar:Rumah Ali ialah subjek (Apa), besar ialah predikat (Bagaimana).

Bapa Munirah pensyarah universiti:Bapa Munirah ialah subjek (siapa), pensyarah universiti ialah predikat (apa).

Ayat mesti ada paling sedikit satu subjek dan satu predikat. Namun begitu, terdapat juga ayat yang mengalami pengguguran subjek dan predikat terutama daripada jawapan terhadap pertanyaan, atau dalam ayat perintah.

Contoh: Siapa belum dapat menulis → Adik saya.(Predikat belum dapat menulis mengalami pengguguran)
Engkau lulus peperiksaan → Tidak. ( Engkau[subjek] dan lulus peperiksaan[predikat].
- mengalami pengguguran yang tidak dinyatakan.
Kamu pergi dari sini. Pergi dari sini. (Kamu [subjek] mengalami pengguguran dalam ayat perintah)

Unsur subjek

1) Subjek terdiri daripada orang, benda atau perkara, dan umumnya subjek ialah KN, FN / klausa nama. Justeru, unsure subjek boleh berbentuk perkataan, frasa atau klausa. Dalam ayat contoh berikut, perkataan yang berhuruf condong ialah subjek, manakala perkataan yang biasa ialah predikat.

Dia guru.( Subjek dalam bentuk perkataan )
Lelaki itu guru Bahasa Melayu.( Subjek dalam bentuk frasa )
Yang harum itu bunga mawar.( Subjek dalam bentuk klausa )
Mereka tidur di atas tilam.( Kata ganti nama diri)
Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia.( Kata ganti nama khas)
Pelajar yang rajin lulus peperiksaan.( Klausa nama )

2) Subjek boleh juga berupa frasa kerja atau frasa sifat. Namun, subjek ini sebenarnya masih mengandungi kata nama tetapi dihilangkan.

Berjalan kaki menyihatkan badan.( Subjek terdiri daripada frasa kerja )
KN: aktiviti / kegiatan sebelum frasa “berjalan kaki” dihilangkan.

Lambat belum tentu malas.( Subjek terdiri daripada frasa sihat.
KN sebelum kata sifat dihilangkan ).


Subjek dalam ayat songsang

Ayat songsang ialah ayat yang susunannya diterbalikkan, iaitu subjek bertukar tempat dengan predikat.
- Jika unsur panjang unsur predikat, subjek sering diletakkan di akhir ayat. (penyonsangan)
Contoh: Manusia yang hidup kemiskinan di negara kita tidak banyak. (susunan biasa)
Tidak banyak manusia yang hidup dalam kemiskinan di negara kita. ( susunan songsang)
Penyongsangan ayat juga berlaku dalam ayat yang predikatnya mempunyai FN, FK, F Sifat, atau Sendi.
Contoh: Lelaki itu bapa saya.( ayat biasa )
Bapa saya lelaki itu. (ayat songsang )

Mereka berjalan kaki.( ayat biasa )
Berjalan kaki mereka.( ayat songsang )

Gadis itu cantik.( ayat biasa )
Cantik gadis itu.( ayat songsang )

Perlu dinyatakan, jika penyonsangan boleh menimbulkan kekeliruan makna, kata pertikel seperti –lah, -tah, pun, -nya atau kata tunjuk itu dan ini boleh disisipkan di tengah-tengah frasa.

Contoh: Rumah itu besar. (ayat biasa)
Besar rumah itu. (keliru sama ada frasa atau ayat, maka tambahlah –lah)
Besarlah / Besarnya rumah itu.


Unsur-unsur predikat
Predikat ialah bahagian ayat yang menceritakan perihal orang, benda, tempat, atau perkara yang dinyatakan dalam subjek. Predikat terbina daripada empat jenis frasa, iaitu:

Frasa nama
Frasa kerja
Frasa sifat
Frasa sendi

Frasa nama
Frasa nama ialah frasa yang mempunyai inti kata nama. Frasa nama boleh menjadi predikat ayat. Contoh:

Ini buku.
Ibunya Puan Rohani Ahmad.
Hantarannya sebuah rumah banglo.
Minatnya motosikal besar.
Rumah itu bangunan baru.

Unsur yang bergaris dibawah,buku, Puan Rohani Ahmad, sebuah rumah banglo, motosikal besar dan bangunan baru, adalah frasa nama yang menjadi predikat dalam ayat.

Frasa kerja
Frasa kerja mempunyai kata kerja sebagai inti frasa. Ada enam jenis frasa kerja iaitu, frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap, frasa kerja tak transitif berpelengkap, frasa kerja transitif satu objek, frasa transitif dua objek, frasa kerja dengan kata Bantu, dan frasa kerja dengan keterangan.

a. Frasa kerja transitif tanpa pelengkap
Kata kerja tak transitif dapat membina frasa kerja yang menjadi predikat ayat.
Contoh: Adik kecil bermain.
Harga saham naik.
Dia berlari-lari.
Ayah berehat.
Kereta itu melancar.

b. Frasa kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap boleh membentuk frasa untuk menjadi predikat ayat. Pelengkap itu boleh terdiri daripada kata sifat, kata nama, atau kata sendi nama.
Contoh: Saya sudah menjadi kaya. (pelengkap kata sifat)
Langit menyinar merah. (pelengkap kata sifat)
Dia berbantalkan lengan. (pelengkap kata nama)
Bapanya menjadi pensyarah. (pelengkap kata nama)
Dia berlari ke depan. (pelengkap kata sendi)
Ayahnya menetap di Pulau Pinang. (pelengkap kata sendi nama)




c. Frasa kerja transitif satu objek
Kata kerja transitif juga membentuk frasa kerja. Frasa kerja transitif memerlukan satu kata nama objek.
Contoh: Kakak menemani ibu ke Bandar.
Ayah membaca kitab.
Mahasiswa mengkaji isu tersebut.
Pegawai itu membuat keputusan bijak.
Firma itu menghadiahi pekerja cemerlang.

d. Frasa transitif dua objek
Frasa kata kerja transitif boleh juga mempunyai dua kata nama objek. Frasa ini juga menjadi predikat ayat.
Contoh: Ayah menghadiahi ibu seutas rantai.
Temenggung mencarikan isterinya buah nangka.
Mereka menyampaikan kami sebuah lagu.
Menteri menamai sekolah itu Tun Seri Lanang.
Ibu membelikan adik sebuah buku cerita.

e. Frasa kerja dengan kata Bantu
Frasa kata kerja boleh berlaku dengan kata Bantu yang menunjukkan ragam dan aspek, atau kedua-duanya sekali.
Contoh: Dia akan pulang. (aspek)
Ibunya sudah pergi.( aspek)
Kakaknya sedang melatih pekerja.(aspek)
Bapanya sungguh yakin akan perkara itu. (ragam)
Menteri itu hendak melaksanakan rancangan itu. (ragam)
Pegawai itu sedang hendak memberi taklimat.( ragam)
Ibunya pasti akan datang.( ragam dan aspek)

f. Frasa kerja dengan keterangan
Frasa kata kerja juga boleh juga diperluaskan dengan frasa keterangan.
Contoh: Pelari itu lari dengan pantas. (cara)
Lewis berlari semacam rebut.(bandingan)
Semua pelajar itu diajar tentang masak-memasak.( hal)
Dia berdoa agar rezekinya murah.(tujuan)
Mereka selalu berbincang.(kekerapan)
Askar itu menyukai akan masakan ibunya.( terhadap)
Kereta itu berhenti kerana keselamatan.( musabab)
Ibunya sampai pada pukul satu tengah hari.(waktu)
Saya datang dengan kereta.( alat)
Mereka berbincang didalam bilik.( tempat)




Frasa sifat
Predikat juga boleh terdiri daripada frasa yang mempunyai binaan kata sifat sebagai inti. Ada dua jenis kata sifat, iaitu frasa kata sifat, dan frasa kata sifat dengan kata bantu dan kata penguat. Contoh:

a. Frasa kata sifat
Kata sifat sahaja dapat menjadi inti kata sifat. Contoh:
Buku itu tebal.
Pelajar itu sihat.
Fikirannya waras.
Bapa saya penyabar.
Barisan itu lurus.

b. Frasa sifat dengan kata kata bantu dan kata penguat
Frasa sifat juga boleh menerima kata Bantu dan juga kata penguat sekaligus. Contoh:
Abangnya sudah sihat.(kata Bantu)
Pelajar itu bijak sungguh.(kata penguat)
Rumah itu sungguh besar.(kata penguat)
Fikirannya sudah tentu waras.( kata Bantu dengan kata penguat)
Isterinya sudah sabar betul.(kata Bantu dengan kata penguat)

Frasa sendi nama
kata sendi nama yang diikuti oleh kata nama menjadi frasa sendi nama. Frasa sendi nama ini boleh berfungsi sebagai predikat ayat. Contoh:
Kereta saya di rumah.
Pisang emas di atas peti.
Nama tuan dalam ingatan saya.
Bahan ini daripada tanah liat.
Mereka semua ke surau kampung.
Buku ini untukmu.

Sunday, August 16, 2009


Tanda - tanda Dan Gejala Awal Kehamilan
Gejala kehamilan pada setiap wanita berbeda-beda, begitu juga dengan tingkatan dan frekuensinya. Gejala kehamilan ada yang terjadi beberapa hari setelah konsepsi, tapi ada juga yang baru merasakannya setelah kehamilan berusia beberapa minggu. Yang terakhir ini, sangat beruntung karena tidak merasakan kegelisahan sama sekali.Sebagian orang ada yang merasakan gejala kehamilannya mirip menstruasi, misalnya temperamental tinggi. Tapi pada umumnya, gejala kehamilan akan sangat dirasakan pada tahap Implantasi, yaitu sekitar 8 hingga 10 hari dari masa ovulasi. Setelah trisemester pertama terlewati, gejala ini akan berkurang.Bagi Anda yang sangat ingin memiliki momongan, berikut ini beberapa tanda yang bisa dijadikan patokan apakah Anda hamil atau tidak. Tanda-tanda ini umumnya dapat dilihat di minggu-minggu pertama:

1. Mual dan muntah

Muntah dan mual datang di minggu awal kehamilan. Biasanya mual terjadi di pagi hari (morning sickness), tapi ada juga yang terjadi kapan saja. Bahkan ada yang merasakan mual sepanjang hari. Rasa mual terjadi akibat adanya peningkatan drastis kadar estrogen yang diproduksi oleh plasenta dan janin. Untuk mengatasinya, konsumsilah makanan-makanan ringan seperti biskuit yang tidak manis, makanan yang mengandung protein dan karbohidrat. Segelas susu dan apel bisa digunakan sebagai sarapan untuk mengurangi rasa mual.

2. Payudara nyeri dan bengkak

Payudara Anda akan terasa kencang, kadang-kadang sakit dan gatal.Bentuknya pun mulai membesar, karena kelenjar susu mulai aktif untuk memroduksi Air Susu Ibu (ASI). Perubahan pada payudara ini akan sangat terlihat, bila Anda baru pertama kali hamil. Gejala ini juga ada kaitannya dengan meningkat jumlah HCG (Human Chorionic Gonadotropin) atau hormon yang dihasilkan plasenta, setelah implantasi.

3. Sering buang air kecil

Hamil menyebabkan kandungan membesar, dan akan terus membesar sering tumbuhnya janin. Seringnya buang air kecil, disebabkan rahim yang membesar menekan kandung kemih. Sebagian besar wanita akan mulai merasakannya saat kehamilan berusia satu atau dua minggu. Keluhan ini akan berkurang setelah kehamilan berusia 12 minggu, lalu akan timbul kembali saat kehamilan mencapai 28 minggu.

4. Lelah dan lesu berlebihahan

Ketika hamil, tubuh akan mengalami beberapa perubahan metabolisme yang cukup signifikan. Seluruh tubuh akan mulai menyesuaikan diri dengan semakin tumbuhnya janin. Suhu tubuh pun akan meninggi, akibat meningkatnya jumlah progesteron. Rasa lesu dan kelelahan ini, biasanya hanya sampai usia kehamilan 12 minggu.

5. Pendarahan Ringan/Flek

Keluhan ini akan terjadi sekitar 8-10 hari, setelah ovulasi. Periode ini kerap disalahartikan sebagai haid, hanya saja waktunya lebih singkat dibanding menstruasi biasa. Keluhan ini disebabkan implantasi, setelah telur dibuahi di dalam liang dan ke dalam lapisan endometrial.

6. Pusing atau pingsan

Meski tidak banyak bergerak, tiba-tiba Anda sakit kepala atau bahkan pingsan. Penyebabnya, kandungan yang tumbuh menekan jalan utama nadi di kaki sehingga tekanan darah naik. Bisa juga akibat perubahan sirkulasi, saat pembuluh darah dalam tubuh membesar dan tekanan darah menurun.

7. Konstipasi

Konstipasi atau susah buang air besar dan tidak lancar adalah salah satu indikator awal terjadinya kehamilan. Ini lazim terjadi pada awal kehamilan. Hormon kehamilan memperlambat fungsi hormon perut, agar penyerapan vitamin dan gizi lainnya lebih maksimal. Sehingga makanan menjadi lebih lambat masuk ke saluran pencernaan dan menyebabkan konstipasi.

8. Lebih emosional

Membanjirnya jumlah hormon dalam tubuh di masa awal kehamilan, membuat Anda menjadi lebih mudah emosi. Gejala ini akan berkurang pada trimester kedua.

9. Perut terasa panas

Semakin kandungan membesar, pertumbuhan hormon HCG pun meningkat. Peningkatan inilah yang dapat memperlambat pencernaan dan perut tak pernah kosong, sehingga meningkatkan temperatur di dalam perut.

10. Tidak Haid

Ini adalah tanda yang paling mudah diketahui, apalagi bila jadwal menstruasi Anda teratur. Ada baiknya untuk terus mengetahui kapan hari pertama dan terakhir haid, karena menentukan usia kehamilan dan perkiraan persalinan. Meski begitu, tidak haid juga bisa disebabkan oleh gangguan atau penyakit.Meski berbagai tanda di atas bisa menjadi panduan, Anda juga bisa mengeceknya dengan alat kehamilan (testpack) dan tetap memeriksakan diri ke dokter kandungan. Pemeriksaan dengan tes urin adalah untuk mengukur apakah ada peningkatan kadar hormon HCG dalam urin dan darah, yang biasa meningkat dalam minggu pertama konsepsi.Tes ini akan lebih efektif dengan urin yang dikeluarkan pada pagi hari, karena saat inilah jumlah hormon HCG meningkat. Hasil tes juga lebih akurat untuk kehamilan berusia 10-14 hari. Meski bisa dilakukan di rumah, namun keakuratannya tidak 100% dari hasil pemeriksaan di rumah sakit. Saat ini, kehamilan muda pun bisa dideteksi dengan USG (ultrasonografi), sehingga gambaran janin dapat terlihat jelas.